Background Image

Travel Diary: Ke Kuantan Sebab nak Makan?

Travel Diary: Ke Kuantan Sebab nak Makan?
Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse
Foto: TravelTriangle Team

Of, course YES! Kalau tidak kerana nak makan sedap di Kuantan, sebab apa lagi?

It’s time to explore Kuantan! Selain Penang, Ipoh dan Kelantan, Kuantan juga antara destinasi makan si foodie. Ada yang sanggup roadtrip beratus kilometer jauhnya hanya semata-mata mahu menikmati makanan terkenal di negeri-negeri di Malaysia.

Bila bercakap mengenai negeri yang satu ini, apa yang anda bayangkan? Kami tak boleh lupa keenakan ikan patin masak tempoyak, mango cheesecake di Kula cakes dan pelbagai lagi. Berbual tentangnya saja sudah buat anda kecur liur, kan?

Sepanjang kami berada di sini, apa yang tidak lekang di bibir hanyalah makanan. Nak makan apa, pagi, tengahari, petang dan malam? Itulah soalan baik yang tua ataupun yang paling kecil. Apatah lagi bercuti dengan kedua orang tua dan seorang kanak-kanak. Pastinya lapar saja memanjang.

Kami senaraikan restoran dan kafe yang kami singgah untuk mengisi perut yang lapar (yang belum pernah kami cuba lagi). Ini antara senarai pendek kedai makan yang perlu kamu kunjungi setiap kali ke Kuantan. Jangan risau, makanan-makanan di sini sedap tak terkata! You’re welcome!

Prev1 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Nisa' Halid

Take every chance you get in life, because some things only happen once

No Comments

Post a Comment