Background Image

Jangan Miss Singgah Ke 5 Lokasi K-Drama Ini!

Lokasi K-Drama

Jika kamu peminat K-Drama, pasti kamu pernah berangan berada dalam  babak romantik yang dilakonkan mereka, kemudian berjalan di bawah pokok bunga sakura yang mekar di Korea. Paling tidak pun, mesti kamu pernah berangan, indahnya kalau punya teman lelaki kacak seperti si oppa Park Seo Joon. Lagi feel kalau kamu ber dating di lokasi K-Drama yang selalu kamu tonton itu. Saya juga kuat berangan. Lagi feeling kalau membayangkan diri di Korea sewaktu musim bunga ataupun sejuk. Memang terbangkitlah mood romantik ala-ala K-drama ini. Lepas itu, mulalah saya bersemangat buat itinerary satu hari dari percutian saya ke Korea hanya untuk ke lokasi K-Drama popular di Korea. Alahai, macam-macam! Memandangkan semakin ramai sudah mula binge-watching K-Drama sepanjang musim perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, mari saya senaraikan lokasi K-Drama yang harus kamu singgah apabila bercuti di Korea nanti!

#1
Seoul Land – Strong Woman Do Bong Soon

Lokasi K-DramaSiapa ingat babak Do Bong Soon dan Min Hyuk dating di taman tema? Tidak sempurna rasanya pasangan Korea jika tidak bertemu janji di taman tema. Ini biasa dilihat baik di dalam dan di luar K-drama. Jadi, jika kamu berangan mahu bercinta di taman tema ala-ala pasangan Korea, pastikan kamu berkunjung ke Seoul Land. Kalau kamu tidak mahu bersesak seperti di Everland, singgahlah ke sini okey?

Cara ke sini: Ambil Seoul subway Line 4 menuju ke Seoul Grand Park Station dan keluar melalui Exit 2.

#2
Hallasan National Park, Jeju – Crash Landing On You

Lokasi K-DramaDi sinilah segalanya bermula. Pertemuan pertama Yoon Se-ri dan Captain Ri. Siapa masih ingat insiden paragliding yang menyebabkan Se-ri terkandas di kawasan DMZ (Demilitarized Zone) Korea Utara? Bukannya betul-betul mereka melakukan penggambaran di Korea Utara, sebaliknya mereka hanya berada di Hallasan National Park yang terletak di Jeju. Kawasan ini amat popular di kalangan pelancong. Jadi, jika kamu singgah Jeju, wajib tau untuk ke sini!

Cara ke sini: Selain menaiki teksi, kamu boleh ke sini dengan menaiki bas. Naik bas nombor 470 (Jeju, Yeongsil, Jungmun) di Jeju Intercity Bus Terminal, kemudian turun di Eorimok Trail Entrace Bus Stop.

#3
Unhyeongung Yanggwan – Goblin

Lokasi K-Drama Siapa di sini teringin nak melawat rumah yang didiami Gong Yoo, Lee Dong-Wook, Kim Go-eun dan Yook Sung-jae di dalam drama Goblin? Apa lagi, singgahlah ke Unhyeongung Yanggwan. Bangunan bersejarah ini kini sudah dimiliki oleh Duksung Women’s University. Lokasi ini bukan saja dapat kamu lihat di dalam drama Goblin, malah beberapa drama sebelum ini juga pernah melakukan penggambaran di lokasi ini. Antaranya seperti, Bridal Mask, Time, Princess Hours dan The King 2 Hearts. Sebenarnya, pelancong yang berkunjung ke sini, tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan ini kerana ia merupakan kawasan universiti. Namun, jika kamu masih juga ingin melawat rumah Goblin ini, tiada salah untuk ke sini, tetapi kamu hanya akan dibenarkan tengok dari luar sahaja.

Cara ke sini: Ambil Seoul Subway Line 3 menuju ke Anguk Station dan keluar melalui Exit 4. Kemudian, jalan sejauh 4 minit untuk sampai ke lokasi ini.

#4
Dotori Brothers – Hi Bye, Mama!

Lokasi K-Drama(Foto: itsandtravels.blogspot.com)

Sebenarnya restoran Dotori Brothers ini bukan saja muncul di dalam drama Hi Bye, Mama!, malah jika kamu hendak tahu, restoran ini turut digunakan sebagai lokasi penggambaran untuk drama Romance is a Bonus Book sebagai restoran ‘Sunha Dumplings’. Di dalam drama Hi Bye, Mama!, ia merupakan sebuah bar milik Go Hyun-Jung. Jika senang-senang, lawatlah restoran ini dengan sahabat karib kamu seperti yang sering dilakukan tiga sekawan, Cha Yu-ri, Go Hyun-Jung dan Oh Min-jung ini!

Cara ke sini: Ambil Seoul Subway Line 3 menuju ke Gyeongbokgung Station dan keluar melalui Exit 7. Kemudian, jalan sejauh 10 minit untuk sampai ke restoran ini. (Instagram: @dotori_brothers)

#5
Unduk Jib – Itaewon Class

Lokasi K-DramaSiapa yang pernah tonton Itaewon Class, pasti tahu restoran Dambam milik Park Saeroyi, kan? Tahukah kamu, nama sebenar restoran ini ialah Unduk Jib, dan ia merupakan sebuah restoran yang popular dengan hidangan gopchang atau perut lembu yang terletak di Itaewon. Jika kamu teringin nak merasa kepayahan Seroyi membina Dambam selepas 7 tahun bertapa dan menimba ilmu di lautan, kunjungilah restoran Unduk Jib ini!

Cara ke sini: Ambil Seoul Subway Line 6 menuju ke Noksapyeong Station dan keluar melalui Exit 1. Kemudian, jalan sejauh 6 minit menuju ke restoran ini. 

Amira Azman

Whatever is good for your soul, do it

No Comments

Post a Comment