Confessions Of #Travelholic

Photo by Ajay Donga from Pexels
Pengalaman lucu, yang memalukan, mendebarkan, menggerunkan ada kami kumpul. Kalau kamu mahu berkongsi, e-melkan ke hello@hipshut.com
#1
Malang Tapi Fun
“Masa bercuti dengan teman sepejabat ke Seoul, sebab nak cepat saya main book tiket tak fikir apa. Bila sampai korea, beg baju pula masih sangkut di Malaysia. Malam pertama di Seoul sampai terpaksa beli baju baru semata-mata untuk dinner. Kami naik bas (konon nak jimat), sekali bas turun dekat bawah bukit tempat orang pergi mendaki. Tengah-tengah malam pulak tu! Hari terakhir nak balik stranded pula sebab seat flight penuh. Terpaksa patah balik semula ke Seoul tanpa sekeping duit dalam kocek. Nasib ada kawan di Seoul, boleh lah tumpang tidur satu malam! Malang betul tapi pengalaman inilah yang paling fun.” Amira, 29, Penulis Bebas
#2
Dikejar Pitbull. Aduh, Seram!
“Nak cari stoned hill punya pasal sampai tersalah masuk private hill. Sekawan anjing Thailand merenung tepat ke mata. Seramnya bukan main! Dah lah hill tu curam 90 darjah. Nak jadi hero punya fasal, saya pesan kawan yang lain tunggu di kaki bukit saja. Biar saya seorang yang pergi recce dengan motor. Makin lama, lorong jadi makin kecil, kiri dan kanan bergaung, tambah panik saya tak boleh buat u-turn! Tiga ekor pitbull makin mendekat, saya mula berpeluh dengan mulut kumat kamit membaca ayat kursi sambil undur motor perlahan-lahan. Ampun, saya tak akan masuk private property lagi!” Hafiz, 37, Agen Insurans
#3
Tak Mahu Terlebih Belanja Lagi
“10 tahun lalu, saya ke Bali bersama bff dan sakan berbelanja. Maklumlah baru pertama kali ke sana. Semua tempat mahu dilawat, semua benda mahu dibeli. Bayangkan bila duduk dipantai dijamu apa jua, saya beli. Disuruh buat tocang rambut, saya bayar. Macam dah tak cukup tanah berbelanja, kan? Nak dijadikan cerita, hari terakhir kami di Bali, kami masih ‘kaya’ lagi. Dalam poket ada beberapa kepingan rupiah. Tanpa fikir panjang dan tanpa research yang pelancong perlu membayar cukai perjalanan di airport, kami habiskan semuanya dan hanya tinggal tambang teksi sahaja. Sampai di airport, kami hanya mampu berpandangan sebab tiada seorang pun ada wang atau credit card untuk membayar. Kami terpaksa menunggu ibu bank-in untuk dikeluarkan di ATM. Drama sungguh!” Adlina, 36, Pegawai Pemasaran
#4
Berlakon Lokal Untuk Diskaun
“Seronok bila boleh berlakon seperti lokal. Bila saya ke Thailand, orang cakap Siam dengan saya, di China pun begitu. Di Indonesia apatah lagi. Wajah multi-rational ini memang bonus untuk saya. Jika membeli belah atau makan di restoran tempatan pun boleh dapat diskaun orang lokal. Kadangkala harga lokal dan pelancong banyak bezanya ya lagi-lagi bayaran masuk muzium atau spot tourist attraction. Tapi semua pun saya lepas membayar sebagai penduduk lokal. Tapi mulut kena diamlah, jangan potpetpotpet. Kalau ‘kantoi’ pasti kamu dihalau keluar dan mendapat malu.” Yusrina, 28, Pegawai Perubatan
#5
Malunya Kalau Ada Yang Nampak…
“Saya bercuti bersama suami ke Maldives sempena ulang tahun kami yang ke 10 tahun. Lima hari di sana hanya bermalas-malasan. Tiada rutin tetap, just to enjoy each other company. Kami bangun, sarapan, sun-bathing, berenang, makan and repeat! Masuk hari ke tiga, suami mahu ubah angin. Dia mahu berenang mengelilingi villa kami menginap. Saya siap pesan supaya tidak tersalah villa kerana semua villa seakan sama. Jadi, dia sidai baju di tangga villa sebagai tanda itu villa kami. Sudah penat berenang, suami pun berhenti dan naik ke villa. Dah saya agak, dia tersalah masuk villa orang sebelah. Nasib baik tak ada orang! Isk!” Lilis, 30, Akauntan
No Comments