Background Image

Yoga Retreats Ini Bantu Kamu Mencari Zen

Yoga Retreats Ini Bantu Kamu Mencari Zen
Photo by Samuel Silitonga from Pexels

Anxiety dan panic attack pasti melanda diri kamu bila berdepan dengan apa jua masalah. Apatah lagi pandemik Covid-19. Ya, saya juga tidak terkecuali.

Pernah dulu saya ke Bangsar kerana jemputan acara jenama kecantikan. Biasalah kalau ke event sebegini pasti ada kiosk bunga, kopi, arts dan sebagainya. Kali ini, ada meja seorang yogi, mahu promote retreat dan yoga centre miliknya. Dia juga pakar scan badan. Mula-mula dia scan teman saya, Syikin. Dan selepas itu, giliran saya pula. Komennya? Saya perlu jaga diri kerana badan saya penuh anxiety. (tak gemini-lah kalau tak panik, betul tak?) tapi… macam mana dia tahu?

Pulang dari event itu, saya terfikir sendiri. Mana marah yang tak terluah, yang dipendam terbuku di hati pula. Ini semua langsung tak elok untuk diri dan kesihatan. Nak dijadikan cerita, bukan dia seorang yang cakap saya sering panik, ada berpuluh orang lagi. Jadi mulai hari itu, saya berjanji pada diri sendiri untuk mengambil berat tentang kesihatan dan tak ambil pusing perkara yang membebankan.

Saya mula bersenam, mengambil suplemen (mana yang saya cuba tapi akhirnya efeknya saya jadi gemuk, saya hentikan. Mana yang elok, masih sampai sekarang saya amalkan). Dan begitu sahaja, saya mula jadi seorang yogi. Bukan yang advance, masih biasa-biasa. Cukuplah sekadar tubuh terjaga. Mulai hari itu juga, kemana saja saya bercuti… saya tidak akan lepaskan peluang untuk sertai kelas yoga walaupun seawal jam enam pagi.

Saya sering katakan pada teman, saya mahu detoks tubuh, minda dan diri. Mahu ke Bali (seperti dalam filem eat, pray, love lakonan Julia Robert), ke India, ke Thailand seorang diri hanya untuk mengikuti retreat diet sayur, minum minyak, tak makan daging, tak boleh makan hanya teguk air tiga hari dan pelbagai lagi. Dengar saja dah naik seram. Belum ke sana lagi, kan? Saya ni penakut, agak-agak boleh kah saya solo travel untuk semua ini? Teringin tapi…

“Hey, kat KL pun adalah! Tak perlu pergi jauh-jauh semata-mata mahu detoks dan yoga,” tepuk Emma menyedarkan lamunan saya. Saya google dan buat sedikit research untuk saya senaraikan tiga retreat yoga terbaik yang boleh bantu kamu (dan saya) capai ketenangan and perhaps get our zen getaway! Good news, semuanya ada di Malaysia!

#1
Yoga Tree

Kamu boleh sertai Yoga Tree untuk yoga retreat pada Oktober 4, 2020 (2 hari / 1 malam) di Sekeping Serendah. Harga dan detail ada di link yang saya kongsikan di bawah. Highlights retreat ini mestilah trakta session, kelas yoga Sivanadna, Pranayama dan juga meditasi. Makanan sihat vegetarian dan juga penginapan semalam juga termasuk di dalam pakej ini.

Tempah spot kamu di https://www.bookyogaretreats.com/

#2
Ambong Ambong

Ketika saya sedang mengumpul hotel yang chic and hips untuk ruangan hotel, saya terjumpa yoga retreat di Ambong Ambong. Retreat yoga 4 hari / 3 malam untuk bulan September 2020 nanti. Retreat ini akan memperkenalkan satu set postur asas tetapi mencabar yang akan berfungsi menjadi asas yang kukuh untuk latihan yoga yang selamat untuk jangka masa panjang.

Kelas yoga juga disediakan setiap hari Isnin (8.15 pagi), Rabu (8.30 pagi) dan Sabtu (8.15 pagi), penyertaan terbuka untuk semua tetamu Ambong Ambong, tetapi caj RM30 perlu dibayar terus kepada instruktur yoga.

Untuk maklumat lanjut tentang retreat ini kamu boleh layari website hotel ini di https://ambongpoolvillas.com/experiences/

#3
9 Huts

Sesuai untuk kamu yang Beginner, Intermediate, Advanced! Sertai 9 Huts on a Hill untuk Merdeka Day Special Freedom Blaze Yoga Retreat at 9 Huts on a Hill pada 25 Ogos 2020. The yoga retreats are not the usual yoga workshops. Dengan penginapan enam malam, latihan yoga setiap hari, Sesi meditasi dan pranayama, tiga sesi urutan memanjakan diri dan yang paling besta trip to Tip Of Borneo for sunset yoga. Pakej retreat 9 Huts on a Hill dirancang sepenuhnya untuk kamu alami pengalaman yang menyeluruh.

Tempah spot kamu di https://www.bookyogaretreats.com/

Nisa' Halid

Take every chance you get in life, because some things only happen once

No Comments

Post a Comment