Background Image

Kalau Kamu Traveller Sejati, Jom Dapatkan Smartphone Ini!

Kalau kamu traveller sejati, Ini Masanya untuk dapatkan Smartphone ini!

Iphone 11 pro bukan calang-calang smartphones. Mahu tahu apa ‘kekuatannya’ supaya kamu boleh dapatkannya lepas PKPB nanti? Nisa’ Halid reviews!

1. Kongsi secara ringkas mengenai diri dan kerjaya kamu?

Saya seorang Ex Editor majalah Cosmopolitan Malaysia cum Executive Digital Editor selama 9 tahun di Bluinc Media Sdn Bhd dan mempunyai 12 tahun pengalaman dalam industri penerbitan dan kini, saya memegang jawatan Digital Lead di @lulusionteam. Mendengar jawatan saya, pastilah gadget adalah segala-galanya bagi saya! Tanpa peranti hebat maka sukarlah untuk saya melaksanakan kerja-kerja harian dengan baik.

2. Kamu pengguna iPhone tegar. Mengapa kamu masih memilih iOS?

Loyal person still exists. Saya salah seorang dari mereka. Saya masih memilih iOS dan tidak pernah terfikir untuk beralih kepada yang lain kerana saya sentiasa percaya akan kewibawaan pakar- pakar Apple dalam mengeluarkan peranti yang baru lagi canggih.

Ia lebih mudah jika mahu upgrade ke iphone yang baru. Saya hanya perlu log in dengan Apple ID untuk sign in dengan aplikasi dan website yang pernah digunakan sebelum ini. Oh, tidak lupa built-in two-factor authentication untuk melindungi akaun dan tiada tracking atau profiling oleh Apple untuk menggunakan aplikasi kegemaran saya.

3. Nyatakan 3 ciri-ciri terbaik iPhone 11 Pro?

Semestinya kerana Pro Design and Display! iPhone 11 Pro mempunyai kaca matte bertekstur dan jalur keluli tahan karat yang digilap juga hadir dalam empat kemasan. The most powerful devices are also designed to be durable  – iPhone 11 Pro menampilkan kaca paling kuat yang pernah pada telefon pintar dan diberi nilai IP68 untuk ketahanan air hingga 4 meter hingga 30 minit dan dilindungi daripada tumpahan air atau kopi.

Yang kedua, Dark Mode. Skim warna gelap baru yang indah yang memberikan pengalaman merakam dan melihat foto jadi lebih hebat terutamanya di persekitaran cahaya rendah. Kamu boleh set agar ia on secara automatik pada waktu matahari terbenam, pada waktu tertentu, atau set sendiri di Control Center.

Lastly, the fastest performance with the best battery life! A13 Bionic, cip terpantas memberikan prestasi yang tiada tandingan. iPhone 11 Pro mempunyai CPU dan GPU sehingga 20 peratus lebih pantas daripada A12. Semua prestasi pengkomputeran, grafik dan ML tanpa menjejaskan jangka hayat bateri. iPhone 11 Pro menawarkan sehingga empat jam hayat bateri dalam sehari berbanding peranti saya yang sebelum ini.

4. Kamu bekerja dalam bidang digital, bagaimana iPhone 11 Pro dapat mempermudahkan kehidupan harian?

Saya sering ke ke majlis pelancaran produk baru dan juga sering travel serata dunia. Pastilah saya memerlukan peranti yang boleh memudahkan aktiviti harian saya dari kerja rakaman hinggalah kepada penyuntingan.

Dengan ciri kamera dan foto yang canggih, penyuntingan foto jadi lebih komprehensif dan intuitif yang mana merangkumi penyuntingan video. Portrait Lighting adjustments boleh dilakukan tepat di aplikasi kamera untuk menyesuaikan intensiti cahaya pada subjek dan efek High-Key Mono yang baru dapat menghasilkan gaya monochromatic yang indah untuk foto mod Potret – cuba wide angle dan telephoto untuk penampilan yang berbeza.

5. Di antara semua aplikasi untuk iPhone 11 Pro, yang mana paling kamu suka?

Semestinya FiLMiC Pro v6! Ia adalah kamera video paling advanced untuk telefon bimbit. FiLMiC Pro telah disempurnakan dengan kemampuan cutting-edge dan antara interface kamera manual yang paling responsif yang terdapat pada iPhone, iPod atau iPad. COMING SOON: Lookout for Filmic Pro’s Multi-Camera Recording FEATURE which will be available as an update later this fall. 

Nisa' Halid

Take every chance you get in life, because some things only happen once

No Comments

Post a Comment