Background Image

Baca Ini Untuk Pengalaman di Luar Jangkaan

For Your Next Level Experience - Baca Sekarang!
Photo by Jaime Flores from Pexels

Setiap orang gunakan deria penglihatan dan pendengaran untuk menikmati hiburan tanpa batasan. Sekarang kamu boleh tonton video berkualiti 8K dan dengar lagu di puncak gunung! Tak percaya? Buka mata dan pasang telinga kamu kepada 5 peranti hebat ini.

#1
Canon EOS-1D X Mark III

Berita baik buat kamu yang cintakan fotografi profesional! Keluaran baru Canon EOS-1D X Mark III dilengkapi processor imej DIGIC X yang terkini. Paling menarik, ketumpatan piksel dinaikkan 28 kali ganda menjadikan foto kamu lebih jelas. Kamu boleh merakam kualiti imej dan video yang menawan dalam pelbagai suasana sama ada di studio atau dalam situasi ekstrem. Sesuai dijadikan teman mengembara.

#2
Jabra Elite 75t

Kamu mahukan peneman rentak yang setia? Cuba fon telinga tanpa wayar ini. Sekarang, wireless earphones hangat dipasarkan tapi bukan semuanya sesuai dengan kamu. Tapi dengan Jabra Elite 75t, reka bentuk ergonomik serasi dengan pelbagai saiz telinga manusia. Selain selesa dipakai, ketahanan bateri lebih 28 jam! Jadi kamu tak perlu risau untuk cas ketika di luar.

#3
LG Signature Oled 8K 88’’

LG Signature Oled 8K dihasilkan bersama 9 Gen 3 Processor AI Picture Pro berkemampuan mengesan struktur muka dan teks serta dipancarkan dalam kualiti video 8K. AI Sound Pro membezakan audio kategori muzik, filem, drama dan buletin mengikut kesesuaian. Kamu pasti terpukau dengan pengalaman sinematik yang syok ketika bersantai di rumah.

#4
Samsung Galaxy Z Flip

https://www.instagram.com/p/B_gcpLeF2Yr/

Rindu tak dengan flip phone yang menjadi kegilaan satu ketika dulu? Lagak matikan panggilan telefon hanya dengan aksi lipatan sangat sassy! Mari rasakan nostalgia itu bersama Samsung Galaxy Z Flip dengan paparan skrin besar 6.7 inci. Yang hebatnya, skrin telefon pintar ini boleh dilipat iaitu kehebatan teknologi Infinity Flex Display. Rakaman video 4K dan komposisi nisbah gambar yang pelbagai menjadikan Samsung Galaxy Z Flip pilihan utama gadis metropolitan.

#5
Sony WI-1000XM2

Bunyian sumbang sekeliling boleh jadi annoying ketika mendengar lagu kegemaran. Sony atasi isu ini dengan teknologi IID Noise Cancellation Processor QN1 yang dimuatkan dalam model fon telinga WI-1000X M2. Fungsi pengoptimum tekanan atmosfera membenarkan pengguna nikmati audio berkualiti tinggi ketika mendaki bukit atau dalam flight. Kepintaran WI-1000X M2, struktur rekaan fon telinga yang praktikal dan pilihan warna premium menjadikannya lain dari yang lain. Cuba sekarang!

Efny Aziz

Don’t look at beauty, look for beauty

No Comments

Post a Comment