Background Image

Traveller: Makan Beli Atau Masak Sendiri?

Traveller: Makan Beli Atau Masak Sendiri?
Photo by Pixabay from Pexels

Awal-awal melancong, teruja lebih mahu ke sana ke sini, tak terasa nak masak. Terutama kalau perjalanannya sekadar ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura atau Thailand. Makanan utama mereka pun lebih kurang sama dengan menu Malaysia.

Begitu pun, tekak kamu mula berubah bila perjalanan menjangkau 12 jam ke atas. Menginjak kaki ke bumi orang putih, kamu mula terbayangkan menu tempatan. Padahal mencari makanan halal lebih mudah sekarang.

Pengalaman saya, melancong ke Rantau Asia bukan tidak boleh memasak. Jangan membazir berat bagasi kerana kamu boleh dapatkan bahan-bahan mentah sama di negara mereka. Jika ke negara barat lain pula halnya takkan pula kamu mahu buang waktu mencari rempah ratus atau perencah nasi goreng, kan?

Paling mudah bawa menu segera yang boleh kamu satu, guna ketuhar gelombang mikro, dua, rebus air panas saja. Selepas itu, makanan siap terhidang dengan nasi dan lauk sekali seperti 1-2-Eat Nasi Umi. Itu lah nasi berlauk Kelantan rasa asli walaupun kini hadir dalam paket segera.

#1
1-2-Eat Nasi Umi.

#2
Sharifah Nasi Briyani Gam Ayam

Bukan setakat itu saja, nasi Briyani Gam berlauk ayam juga boleh dinikmati dalam masa tiga minit saja. Cara pek juga lebih mudah dikemas di dalam bagasi kamu.

#3
Master Pasto Nasi Lemak

Nasi lemak paling dirindui kalau ke rantau orang. Konon balik Malaysia mesti cari nasi lemak dengan minum teh tarik. Sekarang nasi lemak pun boleh disediakan dengan kadar segera.

Kalau kamu bersedia untuk memasak, bawa beberapa rempah ratus daripada jenama popular seperti Adabi atau Baba’s. Bergantung kepada selera masing-masing. Saya wajib membawa rempah kari, perencah adabi, nasi goreng, rempah ratus dan sebagainya. Satu paket kecil setiap satu pun sudah memadai.

Lagi pun bukan kamu mahu masak untuk kenduri kendara, sekadar menu ringkas dan mudah saja. Resipi ringkas pula mudah didapati kini, contohnya, rujuk mana-mana Instagram kegemaran kamu contohnya menu @gangkertu yang ringkas dan sesuai buat pengembara.

#4
Menu GangKertu

https://www.instagram.com/p/B_ahTPJJ20G/

Apa juga gaya kembara kamu, penuhi dengan bergaya dan paling penting memberi kegembiraan pada perjalanan. Tidak menyusahkan malah menyenangkan selera kamu sepanjang perjalanan. Malah memberi kegembiraan sepanjang hari.

Marini Mat Zain

Nikmati Setiap Kunjungan Seolah-olah Kamu Seorang Lokal, Bukan Pelancong

No Comments

Post a Comment