Background Image

5 Lokasi Pani Puri Mesti Cuba di Sekitar Kuala Lumpur

Sama ada sebagai pembuka selera atau pemanis mulut, anda perlu cuba kelazatan Pani Puri yang ditawarkan di lima restoran pilihan Hipshut bulan ini. Baca selanjutnya (jangan skip satu pun!) untuk anda ketahui yang mana satu pilihan favourite kami!

Pani puri sentiasa menjadi hidangan wajib ketika musim perayaan India. Keunikkan dari segi rupa, rasa dan tradisi makanan yang berasal dari India ini mampu menarik orang ramai (termasuk kami di Hipshut) untuk mencuba.

Snek jalanan yang sangat popular di Mumbai, India ini sangat istimewa dan ini menyebabkan kami sanggup beratur di sana semata-mata mahu eat-like-local dan benar kata orang, makan lima biji Pani Puri setiap seorang memang tak akan cukup, you will ask for more!

Adakah anda juga kaki makan seperti kami? Sudah merasai keenakkan hidangan ini di India namun sukar mendapatkan yang terbaik di Malaysia. Tambah lagi tidak pasti di mana lokasi yang paling tepat untuk dikunjungi? Hipshut bariskan 5 lokasi popular untuk anda cuba keunikan rasa hidangan ini.

Di mana lokasi Pani Puri di sekitar Kuala Lumpur yang boleh kamu singgah hujung minggu ini?

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 The Ganga Cafe, Bangsar (*Pani Puri pilihan Hipshut)

Tempat Pani puri

The Ganga Cafe menyediakan snek Pani Puri rangup diisi dengan kentang, bawang dan sedikit chutney bersama kurma, jaggery dan asam jawa. Air pani atau pudina dihidangkan dalam mangkuk dan boondi untuk dicelup bersama puri yang rangup dan menikmati setiap gigitan memberi tahap kepuasan maksima.

Makanan ringan lain seperti Burger Dabeli, Chilli mushrooms, Fried gobi pakora dan Vada Pav dumpling sandwich boleh didapati sepanjang hari di kafe yang popular dengan makanan vegetarian ini. 

  • Waktu Operasi
    9.30 pagi – 10.00 malam (Sabtu & Ahad)
    10.30 pagi – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
  • Alamat
    19, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tempahan
    03-2284 2119

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Amira Farhanie

It doesn't matter where you're going, it's who you have beside you

No Comments

Post a Comment