Ini 5 Beauty Travel Kits Yang Langsung Tidak Menganggu Berat Bagasimu

Senang dibawa, kecil dan ringan! Ini 5 beauty travel kits pilihan Hipshut yang bukan sahaja mengambil sedikit sahaja ruang dalam bagasimu malah ia boleh menjadi peneman kecantikan sepanjang kamu berlibur!
Sepanjang pengembaraan kita semestinya terdedah dengan cuaca, sinaran matahari dan keadaan persekitaran yang tidak menentu. Maka, penjagaan diri baik kecantikan atau pun kebersihan amat penting untuk diberi perhatian sepanjang percutian. Benar, pengembaraan jadi lebih mudah bila bagasimu tidak terlalu berat, namun kamu juga tidak mahu ia menjadi sebab kepada wajah yang kusam dan tidak bermaya sepanjang perjalanan, kan? (Travel beauty kits to the rescue!)
Pernah dengar pepatah yang berbunyi, “He who had travel happily, must travel light”? Masalah bagasi lebih muatan boleh diselesaikan dengan adanya perancangan yang betul. Sebagai contoh, simpan semua keperluan kecantikanmu di dalam satu beg kecil yang boleh dimuatkan di dalam tas tangan atau di dalam beg kabin. Beauty travel kits dalam saiz mini ini adalah solusi terbaik untuk hip traveller seperti kamu yang sudah bersedia untuk percutian yang akan datang!
No Comments