Background Image

Tip Relaksasi Hotel Terus Ke Kediamanmu

Photo by cottonbro from Pexels

Tiada yang lebih baik daripada menjaga kesihatan diri di rumah. Tip dari team Avani ini boleh menjadikannya mudah dan seronok!

Social distancing, kuarantin, dan pengasingan diri adalah sebahagian daripada usaha bersatu global untuk mengekang penyebaran COVID-19. Tetapi… ini tak bermakna bila terkurung di rumah, kamu perlu pause atau melupakan terus self-care yang selama ini kamu praktikkan.

Of course, we are in this together dan kami mahu kamu kekal bahagia dan sihat sejahtera walaupun ketika di rumah. Untuk membantu kamu melalui hari-hari luar biasa ini, kami meminta team AvaniSpa untuk berkongsi beberapa idea mengenai perkara-perkara menyeronokkan yang boleh dilakukan di rumah.

Dari meditasi digital hingga rawatan kecantikan DIY, staying in is not the same as doing nothing. Ikuti petua pakar ini untuk mencari zen di kediaman sendiri!

#1
Muse Meditation Massage

Team spa Avani + Samui Resort menggunakan Muse meditation headband yang boleh kamu dapatkan dengan mudah dalam talian (www.choosemuse.com) Kini, kamu dapat berlatih meditasi digital hanya di rumah.

Pengesan gelombang otak pada headband memberi maklum balas masa nyata mengenai aktiviti otak, pergerakan badan, corak pernafasan dan degup jantung – semua data dihantar ke peranti pintar kamu dalam pada masa yang sama.

#2
Luscious Lips

Photo by Juliano Ferreira from Pexels

Bibir sering diabaikan dan cenderung menjadi kering dan pecah. Sapukan cairan TLC dengan scrub bibir buatan sendiri untuk proses pengelupasan dan menghilangkan kulit kering. Selepas itu, sapukan pelembap madu dan minyak zaitun agar bibir sentiasa lembut dan licin.

Untuk scrub, campurkan gula merah, jus limau nipis, dan madu dengan sudu sehingga campurannya sebati. Tambahkan setitik ekstrak perisa vanila atau pudina ke campuran tadi (pilihan).

Gunakan berus gigi untuk mengoles lulur ke bibir. Mesrakan campuran ke bibir dengan pergerakan lembut. Bilas dengan air suam selepas 10 minit.

Langkah seterusnya adalah menghasilkan pelembab bibir dengan menggunakan madu dan minyak zaitun. Masukkan dua bahan ini ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Sapukan campuran terus ke bibir dengan jari dan biarkan bibir menyerap campuran tersebut.

#3
Oil-Reducing Hair Mask

Foto: freepik.com

Level up penjagaan rambutmu dengan pupur rambut semula jadi ini. Strawberi membantu menguatkan, melembutkan dan menambah kilauan pada rambut sementara lemon mengembalikan tahap PH dan garam untuk pengelupasan kulit kepala.

Bahan-bahan:

  1. Strawberi (1/2 cawan)
  2. 1 lemon (jus)
  3. Garam (1 sudu besar)

Langkah-langkah:

1. Letakkan strawberi dalam pengisar sehingga campuran halus.

2. Tapiskan campuran ke dalam mangkuk dan periksa dengan sudu untuk memastikan tiada ketulan.

3. Masukkan garam dan jus lemon ke dalam campuran strawberi.

4. Sapu pada rambut dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.

5. Bilas dengan air suam.

#4
DIY Bath Bomb

Kurangkan tekanan dan kegelisahan dengan bom mandian vanila yang bakal melegakan otot yang letih. Rendam tubuhmu ke dalam tab mandi yang wangi dan biarkan minda berlari ke tempat yang tenang.

Bahan-bahan:

  1. Soda penaik (8 oz)
  2. Asid sitrik (4 oz)
  3. Tepung Jagung (4 oz)
  4. Garam Epsom (4 oz)
  5. Minyak kelapa (2 sudu besar)
  6. Air (3/4 sudu besar)
  7. Ekstrak vanila (2 sudu besar)
  8. Bar sabun ungu untuk mewarnai bom mandi, serutan dari bar.

Langkah-langkah:

1. Campur soda penaik, asid sitrik, tepung jagung dan garam Epsom dengan pemukul telur.

2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan minyak kelapa, air, ekstrak vanila dan serutan sabun ungu dengan pemukul telur.

3. Satukan kedua-dua campuran perlahan-lahan.

4. Letakkan bancuhan ke dalam acuan kek cawan.

5. Dinginkan di dalam peti sejuk selama 24 jam.

6. Ambil acuan yang sudah siap dan tambahkan ke tab mandi untuk pengalaman yang menenangkan.

Kami berharap petua memanjakan diri di rumah dari AvaniSpa dapat mengekalkan semangat dan semoga petua penjagaan diri ini boleh dikongsi bersama!

Nisa' Halid

Take every chance you get in life, because some things only happen once

No Comments

Post a Comment